#TIPS TEMU DUGA JAWATAN KERAJAAN - SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)
Hai! Dah lama rancang nak menulis pengalaman ni. Tapi itulah, temu duga pun belum lepas masa tu. Jadi, aku kurangkan beria. HAHA. Baiklah, aku ceritakan serba sedikit tentang latar belakang aku. 2011 - Tamat SPM 2012 hingga 2014 - Diploma (Pentadbiran Awam) 2014 hingga 2016 - Bekerja di firma perakaunan 2016 hingga 2020 - Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) 2020 hingga Kini - Bekerja di firma setiausaha syarikat Aku habis praktikal pada bulan Ogos 2020. Pada Disember 2020, universiti aku dah poskan sijil dan transkrip. Penting ke sijil dan transkrip ni? Iya, amat penting. Kemungkinan untuk permohonan kau ditolak semasa semakan dokumen atau sebelum ditemu duga itu adalah TINGGI . Memandangkan aku habis belajar pada tahun pandemik Covid-19, lol. Jadinya tiada majlis graduasi, dan aku memang dah dapat kelulusan senat pada tahun 2020 (tarikh pada sijil). SPP iklankan jawatan kosong Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41) pada Mac 2021, kebetulan pula aku dah kemaskini portal pada Januari